Tarikh : 20 November 2015
Masa : 1400
Tempat: Dewan SK Sungai Arau, Selangau
SK Sungai Arau telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi memberi penghargaan atas usaha dan kecemerlangan murid sepanjang tahun 2015. Penyampaian sijil penghargaan adalah meliputi tahap 1, tahap 2 dan juga Prasekolah. Antara sijil penghargaan yang diberi ialah:
- Pengawas sekolah
- Ketua kelas
- Kehadiran penuh
- Kecemerlangan kokurikulum
- Peningkatan terbaik akademik
- Murid Contoh
Majlis diadakan dalam keadaan sederhana kerana jumlah murid-murid dan ibu bapa yang tidak ramai. Para hadirin PIBG duduk di atas tikar dan dibuat ala "ruai". Bagi kami, cukuplah sekadar sederhana asalkan pelajaran murid membanggakan dan meningkat saban tahun.
Majlis bermula seawal jam 2 petang dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Hafiz bin Ibrahim. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, Cikgu Sanggau anak Ruma. Dalam ucapan beliau, beliau menasihatkan agar murid-murid tidak mudah berputus asa dan jangan cuba berhenti untuk menimba ilmu kerana ilmu sememangnya tidak pernah cukup. Hasil berkat usaha yang berterusan akan memberi hasil kejayaan yang lebih bermakna di masa depan.
Berikut merupakan antara gambar-gambar peristiwa yang berlaku:
|
Para hadirin |
|
Para hadirin lagi |
|
Para hadirin lagi dan lagi |
|
Dari kiri: PK KK Cikgu Victor, PK 1, Cikgu Luing, YDP Encik Chunggut, Guru Besar Cikgu Sanggau, Tuai Rumah Emong, PK HEM Cikgu Stanley |
|
Bacaan doa oleh Cikgu Hafiz Ibrahim |
|
Ucapan oleh YDP, Encik Chunggut |
|
Ucapan oleh Guru Besar, Cikgu Sanggau Ruma |
|
Murid terbaik LINUS, adik Lyana Tasha Prena |
|
Murid Contoh, adik Louisa |
|
Murid contoh, adik Caroline Nanta |
|
Mini Konvokesyen Prasekolah merangkap murid terbaik Prasekolah, adik Olivia |
|
Peningkatan terbaik LINUS, adik Dominic Jiram |
|
Peningkatan terbaik LINUS, adik Norita |
|
Peningkatan terbaik tahap 2, adik Noria |
|
Anugerah KELAS ABAD KE 21 SEPANJANG TAHUN, Tahun 5 |
|
Pemberian cenderamata kepada wakil PIBG |
|
Pencapaian terbaik, adik Angeliana Chendu |
No comments:
Post a Comment