Saturday 21 November 2015

Makan malam Majlis Perpisahan Guru Besar

Tarikh: 20 November 2015
Tempat: Hotel Paramount, Sibu

Latar belakang Majlis.
            Majlis makan malam perpisahan ini adalah sebagai tanda kenang-kenangan kepada guru besar kami iaitu Sanggau anak Ruma yang akan berpindah ke sekolah lain tahun hadapan. Majlis ini diadakan di Hotel Paramount, Sibu dan dihadiri oleh semua warga SK Sungai Arau.
            Malam ini adalah malam terakhir kami bersama guru besar (GB) sebelum beliau berpindah namun itu tidak bermakna selamanya kami tidak akan bersama dengan GB lagi. Memang adat resam dunia adanya perpisahan dalam dunia nyata namun..itulah kehidupan.  Beliau telah berkhidmat di SK Sungai Arau selama 4 tahun sejak 2011 sehingga ke hari ini. 
            Acara memotong kek diadakan di samping pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada GB.
            Antara amanat yang GB pesan adalah supaya warga SK Sungai Arau tetap utuh tali persahabatan, semangat setiakawan dan kerjasama erat kerana itulah "senjata" utama dalam pembangunan sekolah. Beliau juga berharap agar warga sekolah tidak melupakan tanggungjawab yang diamanatkan dan berterima kasih atas segala kerjasama yang kami berikan kepada beliau sepanjang 4 tahun beliau berkhidmat di SK Sungai Arau. 
        Sebagai penulis artikel ini sendiri, saya juga amat gembira dan selesa bekerja bersama GB sepanjang keberadaan kami di sekolah atas pimpinan beliau selama ini kerana beliau sering memberi tunjuk ajar yang berguna dan tidak lokek berkongsi ilmu. Semoga GB sentiasa dimurahkan rezeki di sekolah yang baru kelak. 

            TERIMA KASIH, GURU BESAR ENCIK SANGGAU ANAK RUMA!!!



Warga sekolah yang hadir





Memberi amanat pada malam terakhir pimpinan beliau

Bergambar kenang-kenangan







Cenderamata tanda kenang-kenangan

Free Style!!

Cenderamata kenangan diserahkan oleh PK 1 sekolah, Cikgu Luing Asun diiringi oleh PK HEM, Cikgu Stanley Bohari.

No comments:

Post a Comment