PANDUAN PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
- Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
- Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
- Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
- Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
- Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
- Mengalu-alukan kehadiran murid
- Pelaksanaan Program Mentor Mentee
- Memberi penghargaan kepada murid
1
Link pdf Contoh Program Guru Penyayang: KLIK SINI
No comments:
Post a Comment