Sunday 22 November 2015

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2015

Tarikh : 20 November 2015
Masa   : 1400
Tempat: Dewan SK Sungai Arau, Selangau

      SK Sungai Arau telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi memberi penghargaan atas usaha dan kecemerlangan murid sepanjang tahun 2015. Penyampaian sijil penghargaan adalah meliputi tahap 1, tahap 2 dan juga Prasekolah. Antara sijil penghargaan yang diberi ialah:
  •  Pengawas sekolah
  • Ketua kelas
  • Kehadiran penuh
  • Kecemerlangan kokurikulum
  • Peningkatan terbaik akademik
  • Murid Contoh  
     Majlis diadakan dalam keadaan sederhana kerana jumlah murid-murid dan ibu bapa yang tidak ramai. Para hadirin PIBG duduk di atas tikar dan dibuat ala "ruai". Bagi kami, cukuplah sekadar sederhana asalkan pelajaran murid membanggakan dan meningkat saban tahun. 
     Majlis bermula seawal jam 2 petang dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Hafiz bin Ibrahim. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar, Cikgu Sanggau anak Ruma. Dalam ucapan beliau, beliau menasihatkan agar murid-murid tidak mudah berputus asa dan jangan cuba berhenti untuk menimba ilmu kerana ilmu sememangnya tidak pernah cukup. Hasil berkat usaha yang berterusan akan memberi hasil kejayaan yang lebih bermakna di masa depan.
     Berikut merupakan antara gambar-gambar peristiwa yang berlaku:

Para hadirin

Para hadirin lagi

Para hadirin lagi dan lagi

Dari kiri: PK KK Cikgu Victor, PK 1, Cikgu Luing, YDP Encik Chunggut, Guru Besar Cikgu Sanggau, Tuai Rumah Emong, PK HEM Cikgu Stanley

Bacaan doa oleh Cikgu Hafiz Ibrahim

Ucapan oleh YDP, Encik Chunggut

Ucapan oleh Guru Besar, Cikgu Sanggau Ruma

Murid terbaik LINUS, adik Lyana Tasha Prena

Murid Contoh, adik Louisa

Murid contoh, adik Caroline Nanta

Mini Konvokesyen Prasekolah merangkap murid terbaik Prasekolah, adik Olivia

Peningkatan terbaik LINUS, adik Dominic Jiram

Peningkatan terbaik LINUS, adik Norita

Peningkatan terbaik tahap 2, adik Noria

Anugerah KELAS ABAD KE 21 SEPANJANG TAHUN, Tahun 5

Pemberian cenderamata kepada wakil PIBG

Pencapaian terbaik, adik Angeliana Chendu

Saturday 21 November 2015

Hari Sukan Sekolah



                Temasya sukan tahunan SK Sungai Arau 2015 telah diadakan pada 17 November lepas di padang sekolah yang terbentang luas di bumi Arau. Temasya ini melibatkan guru, murid-murid dan PIBG. Pelbagai persiapan diadakan bagi memastikan temasya ini berjalan lancar. Hiasan pentas dipersiapkan dan peserta sukan berlatih bersungguh-sungguh sebelum temasya.
            Menjelang temasya sukan, aktiviti senamrobik diadakan. Juru senamrobik mengambil alih pentas hadapan bagi menggegarkan sekolah dengan gerakan senamrobik yang penuh bertenaga. Selepas aktiviti senamrobik, barulah diambil alih oleh acara sukan. Terdapat 3 rumah sukan iaitu rumah Kanang, rumah Mat Kilau dan rumah Rentap. Perasmian acara sukan dimulakan dengan ucapan ringkas Guru Besar, Sanggau anak RUma. Pelbagai acara sukan diadakan seperti 100 meter kategori murid-murid dan PIBG, 4 X 100 meter, lontar peluru, tarik tali, baling dart, dan menyumpit. Di sebelah petang pula acara karaoke diadakan.
            Di akhir temasya pada sebelah petang, ucapan tahniah diberi oleh Guru Besar kepada murid yang berjaya namun kepada murid yang tidak berjaya, mereka dinasihatkan agar tidak mudah berputus asa.
               Di bawah merupakan sisipan gambar temasya dan ada juga gambar yang tidak disisipkan. Harap maaf. Walaubagaimanapun kami warga sekolah mengucapkan syukur kerana tanpa kerjasama yang tidak berbelah bagi, nescaya temasya ini tidak akan berjalan dengan lancar. Syabas warga Arau!



Rumah Kanang diiringi oleh Cikgu Hafizuddin
Rumah Rentap diiringi oleh Cikgu Shahir

Rumah Mat Kilau diiringi oleh Cikgu Farizul

100 meter wanita

100 meter lelaki

Adik Evelyn Seri dengan lontaran yang gagah
Adik Louisa melontar peluru dengan tawa riang

Cik Maisarah ambik lajak sebelum lontar?

Tarik tali

Suasana di astaka

Tarik lagi dan lagi

Menuju ke petak mula

Adik Zarina Limau

Mengukur jarak lontaran



Makan malam Majlis Perpisahan Guru Besar

Tarikh: 20 November 2015
Tempat: Hotel Paramount, Sibu

Latar belakang Majlis.
            Majlis makan malam perpisahan ini adalah sebagai tanda kenang-kenangan kepada guru besar kami iaitu Sanggau anak Ruma yang akan berpindah ke sekolah lain tahun hadapan. Majlis ini diadakan di Hotel Paramount, Sibu dan dihadiri oleh semua warga SK Sungai Arau.
            Malam ini adalah malam terakhir kami bersama guru besar (GB) sebelum beliau berpindah namun itu tidak bermakna selamanya kami tidak akan bersama dengan GB lagi. Memang adat resam dunia adanya perpisahan dalam dunia nyata namun..itulah kehidupan.  Beliau telah berkhidmat di SK Sungai Arau selama 4 tahun sejak 2011 sehingga ke hari ini. 
            Acara memotong kek diadakan di samping pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada GB.
            Antara amanat yang GB pesan adalah supaya warga SK Sungai Arau tetap utuh tali persahabatan, semangat setiakawan dan kerjasama erat kerana itulah "senjata" utama dalam pembangunan sekolah. Beliau juga berharap agar warga sekolah tidak melupakan tanggungjawab yang diamanatkan dan berterima kasih atas segala kerjasama yang kami berikan kepada beliau sepanjang 4 tahun beliau berkhidmat di SK Sungai Arau. 
        Sebagai penulis artikel ini sendiri, saya juga amat gembira dan selesa bekerja bersama GB sepanjang keberadaan kami di sekolah atas pimpinan beliau selama ini kerana beliau sering memberi tunjuk ajar yang berguna dan tidak lokek berkongsi ilmu. Semoga GB sentiasa dimurahkan rezeki di sekolah yang baru kelak. 

            TERIMA KASIH, GURU BESAR ENCIK SANGGAU ANAK RUMA!!!



Warga sekolah yang hadir





Memberi amanat pada malam terakhir pimpinan beliau

Bergambar kenang-kenangan







Cenderamata tanda kenang-kenangan

Free Style!!

Cenderamata kenangan diserahkan oleh PK 1 sekolah, Cikgu Luing Asun diiringi oleh PK HEM, Cikgu Stanley Bohari.

Friday 20 November 2015

Program Guru Penyayang Fasa 3 2015

 Program Guru Penyayang yang dijalankan di Sekolah: 
SAMBUTAN HARI JADI BAGI STAF DAN MURID YANG LAHIR PADA BULAN 
JULAI HINGGA DISEMBER.

Tarikh pelaksanaan: 16 November 2015


Program ini diadakan bagi meraikan warga sekolah dan murid yang menyambut hari jadi di antara bulan Julai hingga Disember. Kek dan makanan ringan beserta nyanyian "Selamat Hari Jadi" memeriahkan suasana malam ini yang serba ringkas namun bermakna.