Sunday, 12 April 2015

1 Murid 1 Sukan 2015

1Murid 1 Sukan SK Sungai Arau, Selangau.....
Tarikh pelaksanaan: 11 April 2015
Tempat: Padang sekolah
Aktiviti yang dijalankan: Asas Hoki, asas Bola Sepak dan asas Bola Jaring.


Pada 11 April, warga SK Sungai Arau dan murid-murid berkumpul seawal jam 7 pagi bagi menjayakan program dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid agar menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan. Bagi murid yang sedia ada berkebolehan, aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja memantapkan lagi kemahiran diri mereka, malah lebih menyerlahkan lagi bakat yang ada. Bagi murid yang kurang berkebolehan dalam aktiviti sukan, aktiviti ini bukan sahaja menarik minat mereka untuk turut serta, malah secara tidak langsung dapat menyihatkan dan menggilap bakat. 

Antara kupasan aktiviti sukan yang dijalankan:



1. Aktiviti memanaskan badan (warming up)
 






Pembelajaran asas bermain hoki di dalam kelas



Demonstrasi asas bermain hoki





Murid tahap 2 membimbing murid tahap 1

Demonstrasi penting dalam proses penggayaan murid yang telah mahir dan membimbing murid yang masih kurang mahir



Murid yang terlibat


3. Asas Bola Sepak

Penceramah / fasilitator: Cikgu Rashidi



Murid sedang mendengar penerangan asas mengenai bola sepak

Demonstrasi oleh fasilitator










4. Asas Bola Jaring

Penceramah / fasilitator: Cik Shirley Dolen



Pembelajaran asas permainan bola jaring

Fasilitator mempraktikkan teknik bermain bola jaring yang betul



Murid mempraktikkan teknik bola jaring yang dipelajari




Saturday, 11 April 2015

Gambar Persekitaran Sekolah


Persekitaran sekolah




Perjalanan ke sekolah kami mengambil masa di antara 4 ke 6 jam bergantung kepada keadaan air sungai. Jika keadaan air sungai cetek, maka perjalanan akan mengambil masa yang agak lama sedikit. Namun ini tidak mematahkan semangat para wira sekolah yang berkorban demi mendidik anak bangsa. Tiada yang dapat menggambarkan semangat juang para pendidik dalam mencipta kegemilangan di dunia Arau tercinta. Disini disertakan kupasan gambar-gambar suasana sekolah SK Sungai Arau kepada bakal pendidik yang akan berpindah ke sini mahupun pelawat yang ingin menjejakkan kaki ke Sekolah terjauh di daerah Selangau ini...

Kuarters guru





Bilik LINUS

Bangunan kelas Tahap 1

Prasekolah

Asrama


Blok Pentadbiran

Pemandangan hadapan sekolah

Kuarters guru


Kolam penternakan ikan



Blok Pentadbiran

Bangunan sekolah yang ada kebanyakannya memerlukan "renovation" dan peruntukan sepatutnya bagi memperindahkan lagi. Untuk pengetahuan, sekolah ini telah wujud sejak tahun 1963 dan pelbagai usaha menerusi gotong-royong PIBG dijalankan agar bangunan sekolah kekal indah. Sebagai contoh aktiviti mengecat dan menukar kayu yang sudah reput. Hampir 90% daripada bangunan sekolah diperbuat daripada kayu kerana sumber kayu yang mudah diperoleh di sini.  
Namun keadaan sekolah tidak membantutkan usaha murid dalam menimba ilmu dan para warga sekolah meneruskan perjuangan di sini menabur bakti. 



Apa itu dasar 1Murid 1 Sukan?








Maksud 1M1S | Apa itu Dasar 1 Murid 1 Sukan


Apa itu dasar 1Murid 1Sukan?
  • Dasar 1Murid 1Sekolah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.  
  • Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan?

  • Dasar ini diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 
  • Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah 
  • Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Apakah objektif dasar 1Murid 1Sukan ini?

i.    Meningkatkan kecergasan jasmani.
ii.    Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni.
iii.    Memupuk perpaduan di antara kaum.
iv.    Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
v.    Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan learning through play.
vi.    Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
vii.    Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah matlamat dasar 1Murid 1Sukan ini?

  • Matlamat dasar ini merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai, menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka bagi kegunaan sepanjang hayat.
Apakah perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan dasar 1Murid 1Sukan?
  • Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
  • Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah.
  • Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal
  • Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
  • Asas kepada dasar ini adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini.
  • Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
  • Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
  • Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Siapakah yang harus terlibat dalam pelaksanaan dasar 1Murid 1 Sukan ini?
  • Dasar ini adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
  • Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan.

Friday, 10 April 2015

PLC Sains 2015

PLC (professional learning communities) bagi matapelajaran Sains telah diadakan pada 31 Mac 2015 yang lepas. Warga pendidik SK Sungai Arau telah terlibat dalam menjayakan PLC Sains ini yang dijalankan oleh Guru Sains iaitu Cikgu Farizul.
Tajuk PLC Sains yang dijalankan ialah ciri-ciri sifat serta tingkahlaku haiwan apabila melindungi diri.
Berikut merupakan imbauan proses PLC Sains yang telah dijalankan:



Para murid yang terlibat dalam PLC Sains

Guru Sains, Cikgu Farizul menyampaikan sesi pembelajaran beliau

Murid memberi idea berdasarkan pengetahuan semasa

Hasil perkongsian idea di kalangan murid-murid

Murid bekerjasama dalam kumpulan yang diagihkan

Guru dan murid saling berinteraksi dalam aktiviti kumpulan