Saturday, 11 April 2015

Gambar Persekitaran Sekolah


Persekitaran sekolah




Perjalanan ke sekolah kami mengambil masa di antara 4 ke 6 jam bergantung kepada keadaan air sungai. Jika keadaan air sungai cetek, maka perjalanan akan mengambil masa yang agak lama sedikit. Namun ini tidak mematahkan semangat para wira sekolah yang berkorban demi mendidik anak bangsa. Tiada yang dapat menggambarkan semangat juang para pendidik dalam mencipta kegemilangan di dunia Arau tercinta. Disini disertakan kupasan gambar-gambar suasana sekolah SK Sungai Arau kepada bakal pendidik yang akan berpindah ke sini mahupun pelawat yang ingin menjejakkan kaki ke Sekolah terjauh di daerah Selangau ini...

Kuarters guru





Bilik LINUS

Bangunan kelas Tahap 1

Prasekolah

Asrama


Blok Pentadbiran

Pemandangan hadapan sekolah

Kuarters guru


Kolam penternakan ikan



Blok Pentadbiran

Bangunan sekolah yang ada kebanyakannya memerlukan "renovation" dan peruntukan sepatutnya bagi memperindahkan lagi. Untuk pengetahuan, sekolah ini telah wujud sejak tahun 1963 dan pelbagai usaha menerusi gotong-royong PIBG dijalankan agar bangunan sekolah kekal indah. Sebagai contoh aktiviti mengecat dan menukar kayu yang sudah reput. Hampir 90% daripada bangunan sekolah diperbuat daripada kayu kerana sumber kayu yang mudah diperoleh di sini.  
Namun keadaan sekolah tidak membantutkan usaha murid dalam menimba ilmu dan para warga sekolah meneruskan perjuangan di sini menabur bakti. 



No comments:

Post a Comment