Tarikh pelaksanaan: 11 April 2015
Tempat: Padang sekolah
Aktiviti yang dijalankan: Asas Hoki, asas Bola Sepak dan asas Bola Jaring.
Pada 11 April, warga
SK Sungai Arau dan murid-murid berkumpul seawal jam 7 pagi bagi menjayakan
program dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid
agar menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan. Bagi murid yang sedia ada
berkebolehan, aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja memantapkan lagi kemahiran
diri mereka, malah lebih menyerlahkan lagi bakat yang ada. Bagi murid yang
kurang berkebolehan dalam aktiviti sukan, aktiviti ini bukan sahaja menarik
minat mereka untuk turut serta, malah secara tidak langsung dapat menyihatkan
dan menggilap bakat.
Antara kupasan aktiviti sukan yang dijalankan:
1. Aktiviti memanaskan badan (warming up)
Pembelajaran asas bermain hoki di dalam kelas |
Demonstrasi asas bermain hoki |
Murid tahap 2 membimbing murid tahap 1 |
Demonstrasi penting dalam proses penggayaan murid yang telah mahir dan membimbing murid yang masih kurang mahir |
Murid yang terlibat |
3. Asas Bola Sepak
Penceramah / fasilitator: Cikgu Rashidi
Murid sedang mendengar penerangan asas mengenai bola sepak |
Demonstrasi oleh fasilitator |
4. Asas Bola Jaring
Penceramah / fasilitator: Cik Shirley Dolen
Pembelajaran asas permainan bola jaring |
Fasilitator mempraktikkan teknik bermain bola jaring yang betul |
Murid mempraktikkan teknik bola jaring yang dipelajari |
No comments:
Post a Comment