PLC
ialah singkatan kepada program professional
learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti
akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha
secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta
membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Professional
Learning Community (PLC) merujuk kepada para
pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi
yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little &
McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )
PLC boleh dijalankan dalam 4 bentuk aktiviti. Sila rujuk jadual di bawah.
Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice)
|
Belajar Secara Berjalan (Learning Walks)
|
Berjalan
di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan
menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
|
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing
Instruksi
(Peer
Coaching/
Instructional
Coaches)
|
Secara
sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan
pasca-konferens (pre-conference, observation,
post-conference cycle).
|
|
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran
Harian
(Lesson
Study)
|
Sekumpulan
guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan
pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi
pengajaran.
|
|
Sesi Perkongsian Guru (Teacher
Sharing Sessions)
|
Sekumpulan
guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.
|
Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep
komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti
kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.
Sekolah
boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik
darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti
kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan
penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
No comments:
Post a Comment