Sekolah Kebangsaan Sungai Arau terletak di Selangau iaitu sejam perjalanan dari bandar Sibu. Ianya merupakan sekolah yang terjauh di daerah Selangau. Sekolah ini hanya menggunakan satu alternatif pengangkutan iaitu perahu kerana perjalanan menuju ke sekolah menggunakan jalan sungai. Sekolah ini melalui kawasan air sungai Mukah dan terletak di bahagian ulu Mukah. Perjalanan mengambil masa 4 hingga 7 jam bergantung kepada keadaan air. Apabila keadaan air sungai besar, perjalanan hanya mengambil masa 4 jam. Namun apabila air sungai cetek terutama pada musim kemarau, perjalanan mencecah 7 jam. Ini kerana air sungai yang cetek menyukarkan perahu bergerak dan para guru dan kakitangan lain terpaksa turun dari perahu dan bekerjasama menolak perahu tersebut. Inilah antara cabaran yang sering dilalui oleh para pendidik SK Sungai Arau. Namun dengan kekuatan untuk menabur bakti di sekolah ini, segala cabaran tersebut ditempuhi dengan hati yang tabah.
|
Sebelum perjalanan menuju ke sekolah. |
|
Keselamatan tetap diutamakan. |
|
Rehat dan santai sebentar di tebingan sungai. |
|
|
|
|
Pelbagai cabaran ditempuhi antaranya melalui arus sungai yang deras, dan menolak perahu ketika air cetek di musim kemarau. Konsentrasi pengemudi perahu penting dalam memastikan keselamatan perahu dan penumpang.
|
Perahu yang terlanggar tebingan sungai. |
Namun segala dugaan, halangan dan rintangan yang dihadapi, para guru dan staf-staf tidak pernah berputus asa dan berbekalkan hati yang cekal dan tabah, tiada tembok yang tidak mampu untuk dirobohkan. Semangat bekerjasama dan saling tolong-menolong diterapkan sehingga ke hari ini.
|
Wajah-wajah wira SK Sungai Arau 2014 |
1984 -1986 mula mengajar di sini.
ReplyDelete