Saturday, 21 March 2015

Program Guru Penyayang Sekolah fasa 1 2015

Tujuan:
Guru Penyayang dilaksanakan adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Konsep:
Guru Penyayang memiliki sifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Maknyanya, Guru Penyayang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara berkaitan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, mesra, mengambil berat, budi bahasa, hormat-menghormati, ceria, prihatin dan sabar.

Program Guru Penyayang yang dijalankan di Sekolah:
SAMBUTAN HARI JADI BAGI STAF DAN MURID YANG LAHIR PADA BULAN JANUARI HINGGA MAC FASA 1.

Tarikh: 11 Mac 2015


Kek Hari Jadi..nyum nyumm

Nyanyian lagu "SELAMAT HARI JADI"

Sedia untuk memotong kek

Kek yang diperindahkan dengan lilin

Tiup kek (termasuk Guru Besar berbaju biru paling kanan yang hari jadinya jatuh pada bulan Februari)

BBQ

BBQ ayam kampung

Tukang panggang ayam

Bergambar sambil BBQ ayam :D



.

PLC Panitia Matematik

PLC Matematik SK Sungai Arau 2015
PLC Matematik merupakan PLC pertama dijalankan di sekolah kami. Ianya dijalankan sendiri oleh Ketua Panitia Matematik iaitu Cikgu Victor Recos. Ianya diadakan pada 11 Mac 2015 dan disertai oleh semua guru. 
PLC ini melibatkan pemerhatian para guru terhadap guru tersebut yang mengajar. Setelah selesai aktiviti PdP, setiap guru akan mengisi borang pemerhatian dan mengulas mengenai kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan sesi PdP tersebut. 

Sesi PdP

Para guru yang memerhati





Sesi yang seterusnya ialah perbincangan tentang PLC yang telah dijalankan. Perbincangan dan perluasan idea telah melibatkan Guru Besar, Penolong Kanan, dan para ketua panitia matapelajaran. Sesi ini dilakukan di Pusat Sumber sekolah.
Perbincangan di Pusat Sumber sekolah


Fail PLC Panitia Matematik



PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian. 

professional learning communities Komuniti Pembelajaran Profesional   
 
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )


PLC boleh dijalankan dalam 4 bentuk aktiviti. Sila rujuk jadual di bawah.





Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice)


Belajar Secara Berjalan (Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran  guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik. 

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/
Instructional Coaches)
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle).

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian 
(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.




Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. 

Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. 

Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. 



langkah professional learning communities Komuniti Pembelajaran Profesional

Monday, 16 March 2015

Pengenalan SK Sungai Arau, Selangau

Sekolah Kebangsaan Sungai Arau terletak di Selangau iaitu sejam perjalanan dari bandar Sibu. Ianya merupakan sekolah yang terjauh di daerah Selangau. Sekolah ini hanya menggunakan satu alternatif pengangkutan iaitu perahu kerana perjalanan menuju ke sekolah menggunakan jalan sungai. Sekolah ini melalui kawasan air sungai Mukah dan terletak di bahagian ulu Mukah. Perjalanan mengambil masa 4 hingga 7 jam bergantung kepada keadaan air. Apabila keadaan air sungai besar, perjalanan hanya mengambil masa 4 jam. Namun apabila air sungai cetek terutama pada musim kemarau, perjalanan mencecah 7 jam. Ini kerana air sungai yang cetek menyukarkan perahu bergerak dan para guru dan kakitangan lain terpaksa turun dari perahu dan bekerjasama menolak perahu tersebut. Inilah antara cabaran yang sering dilalui oleh para pendidik SK Sungai Arau. Namun dengan kekuatan untuk menabur bakti di sekolah ini, segala cabaran tersebut ditempuhi dengan hati yang tabah.

Sebelum perjalanan menuju ke sekolah.




Keselamatan tetap diutamakan.





Rehat dan santai sebentar di tebingan sungai.





Pelbagai cabaran ditempuhi antaranya melalui arus sungai yang deras, dan menolak perahu ketika air cetek di musim kemarau. Konsentrasi pengemudi perahu penting dalam memastikan keselamatan perahu dan penumpang.


Perahu yang terlanggar tebingan sungai.


Namun segala dugaan, halangan dan rintangan yang dihadapi, para guru dan staf-staf tidak pernah berputus asa dan berbekalkan hati yang cekal dan tabah, tiada tembok yang tidak mampu untuk dirobohkan. Semangat bekerjasama dan saling tolong-menolong diterapkan sehingga ke hari ini.

Wajah-wajah wira SK Sungai Arau 2014