PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA.
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti
tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengukuhkan budaya membaca
dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
pembacaan dalam kalangan murid.
Objektif utamanya ialah untuk memupuk minat murid agar rajin
membaca secara berterusan, mengisi masa lapang murid, menjadikan pusat sumber
sekolah sebagai pusat rujukan murid serta memantapkan kemahiran maklumat dalam
diri murid.
Program KM1M 2016 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4
hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“.
Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 36 saat
bermula jam 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh
Malaysia.
Di sini disisipkan aktiviti KM1M SK Sungai Arau serba ringkas
beserta gambar Majlis Penutupan yang diadakan di dewan sekolah.
|
Adik Lyana Tasha dengan bukunya berjudul "Anak Itik Yang Hodoh" |
|
Kelancaran Membaca tempat ketigaTahap 1 - adik Stevenson Nyadang |
|
Kelancaran Membaca tempat kedua Tahap 1 - adik Norita |
|
Juara Kelancaran Membaca Tahap 1 - adik Lyana Tasha Prena. Tahniah!! |
|
Pertandingan Bercerita Tahap 2 tempat ketiga - adik Caroline Jelang |
|
Pertandingan Bercerita Tahap 2 tempat kedua - adik Michelina Menti |
|
Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2 - adik Evelyn Seri. Tahniah!! |
" Ilmu itu lebih baik dari harta. Ilmu akan menjaga engkau, namun engkau yang menjaga harta. Harta akan berkurang apabila digunakan tetapi ilmu bertambah jika digunakan "
(Khalifah Ali bin Abi Thalib)
|
Acara menandatangani Sijil bagi Majlis Penutupan KM1M |
|
Wajah-wajah juara |
No comments:
Post a Comment