Friday, 26 February 2016

Program Guru Penyayang bersama Jururawat Pergigian



PROGRAM GURU PENYAYANG ARAU.

Program Guru Penyayang telah diadakan pada 24 Februari 2016 di mana guru dan murid bersama-sama meraikan kedatangan para jururawat pergigian yang bertandang di sekolah selama 3 hari 2 malam sejak kelmarin. Para jururawat pergigian telah datang memberi khidmat pergigian kepada murid SK Sungai Arau, merawat serta memberi ceramah berkaitan program kesedaran berkaitan kesihatan gigi. Oleh itu, sambutan Program Guru Penyayang ini diadakan pada malam ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan agensi luar khususnya seperti jururawat pergigian. Terdapat 4 orang wakil jururawat pergigian yang bertandang di sekolah. Ikuti kupasan gambar ringkas berikut:


Guru besar menyampaikan ucapan beliau

Wakil jururawat pergigian memberi ucapan beliau

Murid bergambar kenangan bersama jururawat pergigian


Murid tidak sabar untuk menjamu selera

Sunday, 21 February 2016

Bahan Softcopy buku-buku Teks Sekolah

      Para guru bolehlah download dan dapatkan bahan softcopy buku-buku teks daripada sini,
https://onedrive.live.com/?authkey=%21AOuJ_Fz1twXhGSw&id=13DB292CDD7CBE8B%2126578&cid=13DB292CDD7CBE8B

 
     Softcopy-softcopy buku teks ini bolehlah jadi bahan powerpoint sebagai bbm untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
SHARING IS CARING!

Sumber : http://www.coco01.net/post/12862

Cuti Rehat Khas Guru 2015



Latar belakang.

  • Berdasarkan pekeliling perkhidmatan 3/2005, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar layak menikmati CRK sebanyak 7 hari dalam setahun kalendar. 
  • Pengambilan CRK adalah ditetapkan mengikut bilangan hari CRK yang layak diambil oleh pegawai berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun yang berkenaan.
  • Kemudahan CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Baki CRK yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya namun boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun.

Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dipertimbangkan :

1. Menziarahi ahli keluarga terdekat ( suami,isteri yang sah, anak-anak dan ibu bapa kandung pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia.

2. Menziarahi sanak saudara ( adik-beradik, ibubapa mertua, datuk nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai yang sedang sakit atau meninggal dunia.

3. Upacara/ perayaan tahunan agama yang diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan. Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir.

4. Menghadiri majlis Konvokesyen ( diri sendiri, anak, suami/isteri ).

5. Perkahwinan ( guru sendiri / anaknya sahaja )

6. Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara rapat menunaikan fardhu haji.

7. Mendaftar anak ke IPT/ sekolah asrama penuh Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan.



Lampiran.





Download LINK Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM BIl.1 Tahun 2015 berkaitan CRK guru:
Pekeliling CRK 2015

Sunday, 7 February 2016

PANDUAN PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG



PANDUAN PERLAKSANAAN GURU PENYAYANG  

TUJUAN
Perlaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.


KONSEP
  • Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
  • Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
  • Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional  guru  dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.


OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;

  • Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.


AKTIVITI 
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;


  • Mengalu-alukan kehadiran murid
  • Pelaksanaan Program Mentor Mentee
  • Memberi penghargaan kepada murid
1


Link pdf Contoh Program Guru Penyayang: KLIK SINI