Friday 16 October 2015

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 2015

         Pada 13 hingga 14 Oktober yang lepas telah diadakan satu program perkhemahan TKRS yang melibatkan guru dan murid. Perkhemahan tersebut diadakan di padang sekolah dan dijalankan selama 2 hari 1 malam. Program perkhemahan ini merupakan salah satu perancangan tahunan bagi Persatuan TKRS SK Sungai Arau. Ianya adalah program di mana setiap ahli TKRS menunjukkan kebolehan masing-masing dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti perkhemahan. Dengan adanya perkhemahan seperti ini, semua ahli akan dapat membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya, berdisiplin serta mempertingkatkan lagi semangat kekitaan dan setiakawan di kalangan ahli TKRS.  

Antara kupasan / gambar / dokumentasi program perkhemahan TKRS :

Aktiviti gotong-royong memasang khemah

Gotong-royong sesama guru dan PIBG










Aktiviti murid- permainan "burung hantu"














"Bersatu teguh, bercerai roboh"




















      Di akhir penulisan blog perkhemahan ini, saya sebagai penulis sendiri mengucapkan tahniah kepada warga sekolah, murid dan pihak PIBG kerana menjayakan program perkhemahan ini. Setinggi tahniah diberi kepada Guru Besar Sanggau anak Ruma, PK1 Luing Asun, PK HEM Stanley Bohari dan PK KK Victor Recos Tom. Cikgu Victor juga seorang yang berperanan penting dalam menggerakkan program ini. Namun tidak dilupakan juga kepada warga SK Sungai Arau yang lain kerana tanpa kerjasama, program ini tidak akan berjalan lancar....semudah ungkapan "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh".
SK Sungai Arau tetap cemerlang, gemilang, terbilang!!!