Friday 14 August 2015

Majlis Ramah tamah Aidilfitri

Pada 10 Ogos 2015, telah berlangsung Program Ramah Tamah Aidilfitri. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga sekolah yang beragama Islam dan bukan Islam. Kepelbagaian juadah yang disediakan bukan sahaja menarik selera warga sekolah, malah menarik selera perut kerana makanan yang disediakan sedap-sedap belaka! 
Pada malam ini, ramai guru-guru yang berpakaian indah-indah belaka dan berwarna-warni seiring dengan keindahan aidilfitri itu sendiri. Kepelbagaian gaya dan fesyen menambahkan lagi suasana. Bagi guru beragama Islam, mereka juga bermurah hati memberi duit raya kepada murid-murid dan ini menambahkan lagi kemeriahan suasana Ramah Tamah Aidilfitri.
Tanpa membuang masa, ikuti kupasan perjalanan Program Ramah Tamah Aidilfitri pada foto-foto berikut:

Cikgu Hafizudin sibuk memotong lemang

Srikandi 4 sekawan

Bergambar dulu

Sebelah kiri ialah Guru Besar, Sanggau Ruma...GB paling sporting!

Lemang oh lemang!

Semua wajah berseri-seri..maklumlah syawal masih menjelma..haha


PK 1 Cikgu Luing memberi ucapan






Duit raya! Duit raya! Sapa nak?